Mu Ursae Majoris

Mu Ursae Majoris (μ UMa / μ Ursae Majoris) ialah sebiji bintang dalam buruj Ursa Major. Ia juga mempunyai nama tradisional iaitu Tania Australis, dan Alkafzah Australis.Mu Ursae Majoris ialah bintang gergasi merah jenis M dengan purata magnitud ketara +3.06. Ia berada pada jarak lebih kurang 249 tahun cahaya dari Bumi. Ia dikelaskan sebagai bintang pemboleh ubah separa biasa dan kecerahannya berubah dari magnitud +2.99 to +3.33.Secara spektroskopi, telah ditentukan bintang ini ialah bintang dedua dengan teman yang lebih kurang 1.5 AU dari bintang utama dengan tempoh putaran 230 hari.